Essential Healthcare News
SEE OTHER BRANDS

Global take on healthcare and wellness news

KFSHRC akan Menyertai Sidang Kemuncak C3 Davos of Healthcare™ di Jepun

TOKYO, Sept. 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- King Faisal Specialist Hospital and Research Centre (KFSHRC) telah mengumumkan penyertaannya dalam Sidang Kemuncak C3 Davos of Healthcare™ di Jepun, yang akan berlangsung pada 24 September 2025 dengan tema “Kerjasama Tiga Negara: Membina Jambatan Merentasi Sempadan dalam Penjagaan Kesihatan.” Acara ini menghimpunkan pemimpin global, penggubal dasar, pelabur dan inovator untuk memupuk dialog serta kerjasama antarabangsa dalam bidang kesihatan.

Di teras delegasi KFSHRC ialah YBhg. Dr. Majid Alfayyadh, Penasihat Diraja Arab Saudi dan Ketua Pegawai Eksekutif King Faisal Specialist Hospital & Research Centre, yang akan menyampaikan ucaptama bertajuk “Wawasan King Faisal untuk Penjagaan Kesihatan Bersepadu & Pelaburan dalam Infrastruktur Baharu bagi Perubatan Moden.”

Dalam ucapannya, Dr. Alfayyadh akan membentangkan strategi Kerajaan untuk membina ekosistem penjagaan kesihatan yang saling berhubung dan berpusatkan pesakit, dengan penekanan inisiatif terhadap kesihatan digital, peluasan fasiliti hospital serta pengukuhan pendidikan perubatan. Beliau juga akan menyampaikan cara kerjasama antara sektor awam dan swasta, pelaburan asing serta pembaharuan pengawalseliaan sedang membentuk masa depan penjagaan kesihatan kerajaan Arab Saudi, sambil menawarkan cerapan tentang rancang berwawasan Kerajaan dan peluang kerjasama di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada program ini, tokoh pemikir KFSHRC akan terlibat dalam dialog strategik tentang transformasi penjagaan kesihatan. Dr. Esam Abdullah Al Banyan, Ketua Pegawai Pendidikan dan Latihan di KFSHRC, akan menyertai satu sesi bertajuk “Cara Amerika Syarikat dan Jepun Boleh Menyumbang kepada Wawasan 2030 Arab Saudi dalam Penjagaan Kesihatan”, di mana beliau akan menerokai peluang kerjasama dalam bidang bioteknologi, robotik dan penjagaan warga emas.

Dr. Osama AlSwailem, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif di KFSHRC, akan menyertai sesi bertajuk “Menggabungkan Data Penjagaan Kesihatan & Genomik ke dalam Model AI untuk Mengenal Pasti Penyakit Nadir,” yang memberi tumpuan kepada penggunaan sains data termaju dan perubatan presisi bagi meningkatkan diagnosis awal dan hasil rawatan. Dr. Al Banyan dan Dr. AlSwailem turut akan menjadi juri dalam acara Startup Showcase, sekali gus memperkukuh sokongan KFSHRC terhadap keusahawanan penjagaan kesihatan yang dipacu oleh inovasi.

Penyertaan KFSHRC ini menandakan permulaan era baharu dalam kerjasama global, selari dengan misinya untuk memperkukuh kecemerlangan perubatan, memacu penemuan saintifik dan meningkatkan sektor penjagaan kesihatan Kerajaan ke tahap bertaraf dunia. Dengan penyertaan dalam Sidang Kemuncak C3 Davos of Healthcare™ di Jepun, KFSHRC bertekad untuk memperkukuh pakatan global yang mempercepatkan inovasi dan meningkatkan pencapaian kesihatan merentasi sempadan.

King Faisal Specialist Hospital & Research Centre telah menduduki tempat pertama di rantau Timur Tengah dan Afrika serta ke-20 di peringkat global dalam senarai 250 Pusat Perubatan Akademik terbaik dunia untuk tahun kedua berturut-turut. Ia turut diiktiraf sebagai jenama penjagaan kesihatan paling bernilai di Kerajaan Arab Saudi dan Timur Tengah, menurut penarafan Brand Finance 2024. Selain itu, pada tahun yang sama, ia turut tersenarai dalam kalangan 250 hospital terbaik dunia oleh majalah Newsweek.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari www.kfshrc.edu.sa atau hubungi pasukan media kami di mediacoverage@kfshrc.edu.sa

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b268cca9-1c71-49ff-bac7-4d0840766a51


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions